Tentang Immunise4Life

Pada tahun 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi Malaysia (MSIDC) telah bekerjasama dan menubuhkan Immunise4Life, sebuah inisiatif pendidikan masyarakat yang digerakkan oleh pakar bagi mempromosikan imunisasi untuk semua peringkat umur terhadap penyakit yang dapat dicegah oleh vaksin dan menangani masalah-masalah tentang keraguan dan penolakan vaksinasi.

Tujuan & Objektif Program

IFL ditubuhkan bagi tujuan berikut:

  1. Menjalankan promosi imunisasi yang berterusan untuk semua peringkat umur.
  2. Membangunkan sumber yang ‘berkekalan’ untuk negara melalui laman sesawang.
  3. Menggerakkan inisiatif untuk memupuk e-komuniti sebagai penyokong pro-vaksinasi.


Objektif komunikasi IFL termasuklah:

  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan imunisasi sepanjang hayat (life-course vaccination) selari dengan polisi WHO.
  2. Menyokong KKM di dalam mempromosikan Program Imunisasi Kebangsaan untuk Kanak-Kanak.
  3. Mempromosikan imunisasi untuk orang dewasa dan Imunisasi tambahan untuk kanak-kanak (Contohnya: influenza, cacar air & rotavirus)
  4. Menangani isu keraguan dan penolakan vaksin di kalangan orang ramai.